Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan Sunburn dan Kulit Sensitif | Aqua Whitening Cream

2/28/2019 Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum.. hi korang!

Pasti korang mempunyai pilihan pelembap kesukaan dari jenama yang popular di pasaran kan? Biasanya korang cari pelembap yang macam mana? Sebelum tu, tahukah korang kepentingan pelembap ini sebenarnya? Krim pelembap amat penting dalam rutin penjagaan kulit harian agar kulit kekal lembap dan segar, terlindung dari sinaran UV serta kekal berkhasiat dengan nutrisi. Ia juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan rekahan kulit.


Ok, tanpa membuang masa.... Produk pelembap atau moisturizer yang Fara nak share adalah dari HANSAEGEE NATURE iaitu AQUA WHITENING CREAM. Aqua Whitening Cream sememangnya jenama yang dikenali ramai dengan kepantasan krim pelembap yang berkesan untuk melembapkan sekaligus memutihkan kulit. Untuk maklumat, produk ini adalah 100% dari Korea. 

Aqua Whitening Cream Bersifat Water Drop

Tekstur Aqua Whitening Cream  bersifat WATER DROP, tidak melekit dan sesuai untuk penggunaan harian. Cara guna pun sangat mudah. ambil sedikit cream kemudian sapukan dimuka dengan gerakan membulat. Lakukan gerakan membulat sehingga keluar titisan air kemudian dap dap muka hingga cream meresap kedalam kulit.


Selain itu, Aqua Whitening Cream ni boleh dipakai pada waktu siang dan malam, malah boleh juga dipakai sebelum memakai makeup. Makeup jadi lebih tahan lama dan nampak lebih glowing. Memang multifunction produk ni! Berbaloi Fara beli.


Setelah di 'apply' beberapa saat ke muka, akan nampak seperti titisan-titisan air keluar. Titisan-titisan air inilah berfungsi mengekalkan kelembapan muka kita sepanjang hari. Memang cepat meresap ke wajah semasa apply. Rasa tidak melekit membuatkan Fara rasa lebih selesa sepanjang pemakaian. Selalunya produk jenis pelembap ada rasa sedikit melekit tapi Aqua Whitening Cream tidak melekit langsung.


Aqua Whitening Cream Terbaik memulihkan kesan Sun Burn dan kulit sensitif

Disebabkan Fara kerap berjemur di pantai, Kulit Fara mudah kena sun burn dan akan menyebabkan berlakunya kemerahan dengan cepat. Bila terjadi sun burn mulalah timbul masalah lain seperti kering dan mengelupas. Nak baik memang ambil masa yang lama. Terasa gatal dan mengelupas di bahagian pipi membuatkan rasa tidak selesa apatah lagi bila nak pakai makeup jadi kurang glowing.

applykan Aqua Whitening Cream keseluruh muka

Bahan yang ada pada Aqua Whitening Cream seperti Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide yang terkandung dalam produk sangat bagus untuk meningkatkan ketahanan kulit daripada sebarang kerosakan alam sekitar, sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bercahaya, sihat dan muda. 

done! muka nampak segar dan lembap!

Untuk kulit yang terdedah pada sinar matahari, Aqua Whitening Cream ini sesuai untuk Fara kerana ianya mengembalikan keseimbangan kulit agar kekal terhidrat. Aqua Whitening Cream ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan. Aqua Whitening Cream dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah kita dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi lebih sekata. Alhamdulillah agak serasi dengan Fara.

Bahan Utama Aqua Whitening Cream

1. Camellia Japonica Seed Oil

Pada ketika dahulu Camellia Japonica Seed Oil digunakan sebagai pelembap, hal itu disebabkan kerana camellia oil mengandung kandungan omega 3, 6, dan 9 yang tinggi sehingga baik untuk menjaga keanjalan dan kelembapan kulit. Di sisi lain camellia oil juga lebih mudah menyerap di kulit seperti air. Selain itu camellia oil juga bagus untuk mengatasi keradangan muka seperti jerawat, kulit kering, mengatasi garis-garis halus, kesan sunburn dan masalah kulit yang lain. Jadi, tak mustahillah mengapa Aqua Whitening Cream ni cepat meresap ke wajah sebab menggunakan Camellia Japonica Seed Oil.


2. Niacinamide

Niacinamide merupakan salah satu bentuk dari vitamin B3 yang mana ianya sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan wajah. Niacinamide sering dimanfaatkan sebagai bahan aktif untuk produk perawatan wajah. Fungsinya sangat banyak, yakni:
  • Meningkatkan kelembaban
  • Mencerahkan wajah
  • Menghilangkan bintik hitam di wajah
  • Mengawal lebihan minyak di wajah
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Mencegah tanda-tanda penuaan 


Untuk Matlumat Lanjut :

Alhamdulillah, Aqua Whitening Cream serasi dengan kulit muka Fara. Suka bila ianya dapat mengekalkan kelembapan wajah disamping sekaligus merawat masalah sunburn, tona tak sekata, dan jerawat yang Fara hadapi. Oh ya, produk ini merupakan 100% dari Korea so hanya boleh didapati di website HANSAEGEE NATURE sahaja ya.


Boleh Dapatkan Aqua Whitening Cream Di :



Company name: Hansaegee Nature




0 KOmen:

Set Penjagaan Bayi Yang Selamat Dan Bagus | Asmak Baby Care

2/21/2019 Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum..

Majoriti ibu sentiasa mahukan produk penjagaan bayi yang selamat, lembut dan menyenangkan. Walaupun ada yang beranggapan mandian dan syampu hanya untuk membersihkan kulit dan rambut bayi, perlu diketahui penggunaan produk yang salah boleh mempengaruhi kesihatan tubuh si comel, secara keseluruhan.


Asmak Baby Care Dirumus Khas Untuk Bayi

Terdapat beberapa jenama barangan penjagaan diri bayi yang dihasilkan daripada sumber bahan semulajadi serta tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Buat pilihan yang tepat dalam membeli syampu, sabun, losyen, krim bayi, dan pelbagai lagi barangan penjagaan diri bayi. Untuk produk penjagaan bayi fara pilih produk keluaran tempatan iaitu dari Asmak Baby Care


Kotak eksklusif dari Asmak Baby Care

Fara memilih set lengkap Asmak Baby Care kerana ianya dirumus khas untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak. Ia boleh didapati dalam Set Lengkap, Set Trial ataupun secara asing-asing daripada agen sah mereka di seluruh negara. Selain itu, Set Lengkap Asmak Baby Care didatangkan dengan design kotak yang eksklusif. 

Kenapa Fara Pilih Set Lengkap Asmak Baby Care?

Untuk penjagaan anak, mestilah kita sebagai ibu inginkan yang terbaik dan produk yang selamat. Oleh itu, faktor utama fara pilih set lengkap Asmak Baby Care adalah disebabkan kesemua produknya mempunyai kandungan bahan yang terbaik pada anak. 


Tak tahu nak pilih produk bayi? Ok, sebenarnya senang je nak pilih. Kita hanya perlu baca kandungan, bahan dan ramuan dalam produk yang mahu dibeli itu. Apa perlu diketahui ialah produk tersebut mestilah kurang menggunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam, kegatalan dan alergik ke atas bayi, terutama si kecil yang ada masalah kulit seperti ekzema. Pilihlah mengikut label dan kandungan setiap produk.

Dalam Kotak Eksklusif Asmak Baby Care Ada 6 Produk Semuanya

Di dalam kotak eksklusif Asmak Baby Care ada 6 jenis produk. Bagi Fara set lengkap ni sangat menjimatkan serta memudahkan. Antara produk bayi yang ada adalah seperti Powder, Essential Oil, Mandian Top to toe, Lotion, dan juga minyak rambut.


1. Asmak Baby Care Powder

Jarang sangat tak letak bedak kepada bayi sebab kegunaanya bukan sahaja bayi nampak lebih comel dan baunya yang wangi. Bedak powder dari Asmak ni menjadikan kulit anak Fara sentiasa kering dan mampu mengelakkan keradangan kulit dan ruam. Ini akan menjadikan anak lebih selesa, nak pula cuaca negara kita sememangnya panas dan menjadikan badan cepat berpeluh. Jadi bedak dari Asmak jalan penyelesaiannya.


2. Asmak Baby Care Essential Oil

Manfaat essential oil memang tidak disangkal. Dengan hanya beberapa titisan saja sudah membawa kelebihan pada fizikal dan psikologi si kecil. Sama juga seperti Essential Oil dari Asmak ni. Essentil Oil ini memberikan efek anak lebih tenang dan selesa.


3. Asmak Baby Care Baby Wash ( Top to toe )

Formulasi Asmak Baby Care Baby Wash adalah bebas paraben, silikon, SLS, SLES, pewarna, linolin dan dari segala macam bahan yang boleh mengancam kesihatan bayi. Alhamdulillah sepanjang memandian anak tiada sebarang reaksi atau kesan sampingan padanya. Mandian ini boleh digunakan dari rambut hingga ke kaki. Ia menggantikan fungsi sabun untuk menghilangkan kotoran di tubuh dan membersihkan rambut serta kulit kepala secara efektif. Sangat menjimatkan!


4. Asmak Baby Care Lotion

Penggunaan lotion terpulang pada kita sama ada ingin memberikan atau tidak. Rasanya semua dah tahu kelebihan lotion. Kegunaan dan kelebihan lotion adalah dari segi melembapkan kulit dari terjadinya kering. Macam Fara pakaikan sedikit sahaja pada kulit anak sudah memadai


5. Asmak Sevenis Hair Oil 7 dalam 1

Sevenis Hair Oil dari Asmak diperbuat dari 7 jenis MINYAK BERKUALITI TINGGI. Membantu menjadikan rambut lebih sihat,kuat,mengelakkan dari gugur,kegatalan dan rambut jadi lebih bersinar. 7 bahan tersebut adalah :
  1. Light Mineral Oil
  2. Tea Tree Oil
  3. Babassu Oil
  4. Virgin Coconut oil
  5. Castor Oil
  6. Olive Oil
  7. Argan Oil

Kesemua set lengkap ini inshaAllah selamat digunakan. Kulit anak fara tidak memberikan kesan sampingan sepanjang penggunaan. Rasanya inilah produk rangkaian terbaik yang sesuai untuk anak-anak..


Boleh dapatkan produk rangkaian Asmak Baby Care di :



Hotline : 019-9708897

0 KOmen:

Hilangkan bibir kusam dengan pantas dari CC Lip Cream oleh Mentholatum Lip Care

2/16/2019 Fara Lumière 0 Comments


Pernah tak atau sedang hadapi masalah bibir kusam, bibir gelap, mengelupas dan sebagainya? sebagai seorang wanita pasti risau jika bibir mengalami masalah tersebut dan sekaligus mengurangkan keyakinan diri kita untuk berhadapan orang ramai. Jangan berputus asa dari mencari penawar bibir kusam! Kali ni fara nak share feedback menggunakan produk dari Mentholatum Lip Care iaitu CC Lip Cream. 


Fara begitu tertarik dengan CC Lip Cream ni kerana ianya merupakan satu produk bibir yang memberikan kebaikan warna dan penjagaan terbaik pada bibir. Untuk makluman, produk rangkaian dari  Mentholatum Lip Care telah berada di Malaysia melebihi daripada satu dekad. Bila dah berada lama dalam pasaran sudah pasti ianya merupakan produk yang terbaik!

Masalah bibir kusam dan kering mengganggu penampilan

Ada sesetengah wanita beruntung kerana tidak menghadapi masalah bibir. Bagi yang kerap mengalami masalah bibir kering, mengelupas, kusam ianya merupakan satu mimpi ngeri pada diri sendiri. Fara sendiri menghadapi masalah tersebut. Ada kalanya, bibir jadi seperti mengelupas dan nampak kusam. Fara tak boleh pakai Produk penjagaan bibir sebarangan sebab takut makin teruk. Sebab tu Fara memilih produk penjagaan bibir yang mampu merawat sambil mencantikkan.

Sentuhan warna bila pakai CC Lip Cream menjadikan tona bibir nampak merah semulajadi. Di samping menjadikan tona bibir merah secara semulajadi, ianya juga merawat masalah bibir seperti kusam, mengelupas dan kering. Manfaat yang Fara dapat menggunakan CC Lip Cream ni 2 dalam 1 iaitu bibir cantik dapat, masalah bibir pon dapat dirawat. 

Kenapa Pilih Lip Cream Berbanding Lip Gloss?

Ok, Lip cream berbeza dengan lip gloss. Lip gloss akan memberikan efek yang glossy atau berkilau. Sementara lip cream akan memberikan efek matte, sama seperti lipstick. Sebelum tu Perasan tak ada perkataan "CC" Lip Cream? Apa maksud CC pada Lip Cream ni? 


Singkatan “CC” bermaksud “color correction” atau pembetulan warna yang menunjukkan keupayaan krim bibir untuk memulihkan bibir kusam, mencantikkan dan memulihkan warna bibir, serta menyerikannya.

Dipendekkan cerita, CC Lip Cream ni Sesuai Dengan ciri-ciri yang fara nak iaitu merawat sambil mencantikkan bibir. 

Sesuai untuk kegunaan harian

Sesuai untuk kegunaan harian, CC Lip Cream memberi 5 manfaat penjagaan yang anda perlukan :
  • Penghidratan mendalam dengan Super Hyaluronic Acid dan Ceramide
  • Rawatan berkhasiat dengan Meadowfoam Seed Oil dan Moroccan Argan Oil
  • Meningkatkan keanjalan dengan bahan unik Mentholatum iaitu Maxilip yang memberi anda bibir lebih penuh dan sebu
  • Manfaat pencerahan yang meningkatkan warna semulajadi bibir anda  
  • Vitamin E yang memulihkan dengan antioksidan untuk melembutkan bibir dan melawan penuaan pramatang.

CC Lip Cream Ada 2 Pilihan Warna 

CC Lip Cream boleh didapati dalam 2 warna yang menarik (01 Ardent Red atau 02 Innocent Pink) untuk disuaikan dengan keadaan dan suasana yang berbeza. Nak nampak menawan boleh pakai warna merah. Nak nampak comel pakai la yang warna pink. hehe


Boleh dapatkan CC Lip Cream Di Mana?

CC Lip Cream oleh Mentholatum Lip Care boleh didapati di tesco, guardian, watsaon atau guardian pada harga runcit yang disyorkan RM16.80. 


0 KOmen: