Home My Story Travel Review Contest Parenting Foodies Tutorial

Kelebihan Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi


Whitening Pearl Cream ni memang sangat popular bagi pengguna Sendayu Tinggi dan setiap kali restock mesti cepat je sold out.


6 Kelebihan Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi :

  1. Krim muka dari mutiara untuk kegunaan harian dengan tekstur lembut dan mudah diratakan
  2. Formulasi dari ekstrak mutiara membantu mencerah dan memutihkan secara semula jadi jika digunakan konsisten
  3. Mengandungi SPF 15 untuk melindungi wajah selama 4 jam dari sinaran UV
  4. Membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat
  5. Aplikasi pertama menampakkan wajah cerah natural dan berseri walaupun tidak mengenakan bedak asas
  6. Bebas paraben

InshaAllah Fara akan review produk ni. Asal nak beli asik sold out! So stay tuned! 😘



Resepi Sup Ikan Merah Sedap dan Simple

Assalamualaikum...


Dah masak ke belum? Menu hari ini cukup simple dan berkhasiat iaitu Sup Ikan Merah. Baru tumis bahan-bahan anak-anak dah puji hmmmm sedapnya bau.. Terus berbunga hati nak masak. Rasa semangat lain macam bila kena puji. hehe

Ikan merah ni memang sedap kalau buat sup. Rasa ikan dia lebih UMMmm dan fresh. Yang penting anak-anak suka.


Bahan bahan:


2 ekor Ikan Merah
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji ubi kentang - jika suka
1 batang karot - hiris nipis
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Daun sup / daun bawang
Bawang goreng

bahan-bahan yg diperlukan

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.

Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut.

Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.

Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.




selamat mencuba!

Jenis-Jenis Vitamin Yang Bersesuaian untuk Masalah Kanak-kanak



1) Vitamin C πŸ€’πŸ˜·

Jika anak-anak anda kerap demam atau selsema, vitamin C boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak anda.

2) Multivitamins πŸ’ͺπŸ’ͺ

Jika anak-anak anda kurus Dan seperti Kekurangan zat makanan serta jenis yang memilih makanan, Multivitamins boleh membantu membekalkan zat Dan nutrient yang diperlukan oleh badan anak-anak. Kebiasaannya, Multivitamins dicampur skali dengan Lysine bagi meningkatkan selera makan anak-anak sekali.

3) Lysine πŸ₯ͺ🍿πŸ₯—

Jika anak-anak anda tiada selera makan, vitamin yang mengandungi Lysine boleh membantu menambah selera makan anak-anak. Anak-anak yang kerap sakit dan tiada selera makan anda boleh memilih Vitamin C + Lysine. Bagi anak-anak yang kekurangan zat atau jenis yang memilih makanan anda boleh memilih Multivitamins + Lysine.

4) DHA 🧠🧠🧠

Bagi anak-anak yang sukar untuk memberi tumpuan, DHA boleh membantu dalam perkembangan otak anak-anak untuk membantu anak-anak lebih fokus.


Resipi sayur labu masak lemak manis SEDAP dan MUDAH


Assalamualaikum...

Lama tak kongsikan resipi. Harini Fara masak sayur labu masak manis... Biasa buat masak labu tak letak sayur.. kali ni saja tukar selera letak sayur pucuk manis... 


Anak-anak cukup suka bila Fara buat masakan ini  Alhamdulillah masing-masing suka makan sayur dan labunya.

Ok nak masak pun sangat mudah. Bahan yang yang diperlukan pula senang dicari. Orang bujang pun boleh masak lauk ni. Simple sangat!

Bahan-bahan :

  • Labu
  • Sayur pucuk manis
  • 2 biji bawang besar *tumbuk halus
  • 4 biji bawang putih *tumbuk halus
  • Segenggam ikan bilis *tumbuk halus
  • Santan kotak yang kecil tak kisah apa brand boleh
  • Sedikit air untuk kuah

Cara masak : 

Tumiskan bahan tumbuk hingga sedikit garing. Kemudian masukkan air. Bila air dah  mendidih masukkan labu pula.. masukkan santan dan sayur pucuk manis. Biarkan mendidih seketika. Agak-agak labu dah lembut boleh tutup api dan boleh hidangkan.



indah sungguh makan bersama ikan masin dan telur dadah. hehe. selamat mencuba!


3 Langkah Mudah Dapatkan Muka Glowing Dan Berseri Sepanjang Hari | BUSYBODY


Assalamualaikum... hi!

Memiliki muka bebas dari jerawat, jeragat, kusam, kering adalah impian setiap wanita. Kali ini nak share kelebihan produk dari brand BUSYBODY.  Rangkaian produk BUSYBODY menawarkan rawatan untuk masalah jerawat serta produk penjagaan kulit, untuk kulit yang kelihatan sihat, bersih dan berseri. 3 produk yang Fara cuba dan ingin kongsikan kepada anda adalah cleanser, Ampoule, dan juga glowing mask.


3 Langkah Mudah Dapatkan Muka Glowing Dan Berseri Sepanjang Hari | BUSYBODY

Percaya tak dengan 3 langkah mudah ni sahaja dah boleh dapatkan kulit muka glowing dan berseri sepanjang hari? Untuk makluman, 3 produk dibawah dipilih mengikut masalah kulit Fara iaitu kering dan kusam.


1. BusyBody - Gentle Hydrating Gel Cleanser

Gentle Hydrating Gel Cleanser dari BusyBody adalah Pencuci muka untuk keperluan harian yang sempurna untuk membersihkan muka dan berkesan dalam menghilangkan kotoran dan minyak serta mengekalkan kelembapan yang secukupnya kepada kulit.

Pencuci muka Gentle Hydrating Gel Cleanser dari BusyBody ini mengandungi kandungan bahan yang dapat membantu menghidratkan kulit secara mendalam dan meningkatkan tahap kelembapan agar kulit lembap sepanjang hari.


Ia memberi rasa yang menakjubkan kerana mampu memperbaiki liang-liang pori yang tesumbat untuk kulit kelihatan licin halus. Kulit tiada masalah kemerah- merahan apabila memakai pencuci muka ini. Formulanya lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Secara tidak langsung Ia juga berkesan dalam mengeluarkan minyak yang berlebihan dan meninggalkan kulit berasa lebih lembut, segar dan lembap. 


2. BusyBody - Mulberry Whitening Ampoule Formulated in France

Pemakaian ampoule sememangnya sangat bagus untuk kulit muka. Perbezaan Ampoule dan serum adalah berbeza. Ampoule cair sedikit daripada serum dan serum pula mempunyai tekstur sedikit likat/melekit.

Kalau dulu Ampoule hanya ada di Spa, tapi kini boleh didapati pada produk BUSYBODY. Ampoule baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.



Di datangkan dalam kotak khas yang ada 4 botol ampoule didalamnya, Ampoule jenama BusyBody iaitu Mulberry Whitening Ampoule ini dapat memberikan pelembapan berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Dengan kandungan Mulberry, kulit tidak kelihatan kasar, kering, merekah dan kemerahan.


Ampoule ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn  serta menghalang daripada liang pori tersumbat. Ianya juga dapat menghapuskan garis-garis halus dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Sesuai untuk semua jenis kulit. Mulberry Whitening Ampoule ini mudah meresap ke dalam kulit dan terasa ringan apabila dipakai.

3. BusyBody - Botanical Placenta Glowing Mask

Masker BusyBody iaitu Botanical Placenta Glowing Mask memiliki manfaat yang sangat bagus untuk wajah. Antaranya, untuk menyegarkan, meremajakan serta mencerahkan kulit wajah! Penggunaan masker secara rutin dapat memberikan banyak manfaat buat kulit wajah.



Botanical Placenta Glowing Mask perlu dibancuh menggunakan air sejuk atau air tapis sebanyak 40g dan dikacau sehingga sebati. Hanya mengambil masa selama 15 minit atau lebih untuk kering keseluruhannya. Untuk dapat kesan yang lebih OPTIMUM, perlu pakai mask ni 4 hari berturut-turut. Menggunakan masker wajah ini dapat membantu sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit.


first time Fara pakai mask jenis bancuh so kurang jadi masker nya. sorry!

tak tipu serius lembut muka lepas pakai mask ni!

Fungsi utama Botanical Placenta Glowing Mask pertamanya adalah untuk menegangkan kulit, menutup liang pori, melembapkan kulit wajah, menganjalkan kulit dan memutihkan. Kulit lebih licin, tegang dan lembut selepas pemakaiannya.

Kelebihan Botanical Placenta Glowing Mask

- Membantu memudarkan parut & mengurangi kedutan halus
- Menjadikan wajah lebih glowing & brightening.
- Mengecilkan liang2 pori.
- Membaiki sel2 kulit.
- Merawat kulit sunburn.


Cara guna :

Bancuh secukupnya powder mask dengan air. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang-sedang saja. Kemudian sapu pada seluruh wajah. Biar kering dalam 20 minit kmudian tarik buang. Bilas sisa-sisa mask dengan air bersih. Amalkan 2x seminggu untuk hasil yang baik.

6 sachet / box.
1 sachet boleh dibancuh untuk 3-4x pakai.

Boleh dapatkan produk BUSYBODY dengan agent sah dibawah :

Whatsapp : 013 349 4667 (Sakinah)


Atasi Masalah Rambut Gugur, Kelemumur, Dan Kegatalan Kulit Kepala Dengan Mudah | Asmak Hair Care


Assalamualaikum... hai korang!

Semua orang mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat, beralun , berkilat dan juga tidak rapuh (mudah gugur). Fara percaya tiada wanita mahupun lelaki suka bila berlakunya keguguran pada rambut hingga menyebabkan botak, kelemumur, rambut nampak tidak sihat dan sebagainya bukan? Masalah keguguran rambut ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira wanita atau lelaki. Jangan ambil remeh ya mengenai masalah rambut. Cepat-cepat buat rawatan bagi mengelakkan masalah jadi semakin serius!


Kalau ditanya apakah punca terjadinya masalah gugur, kelemumur dan kegatalan kulit kapala? Fara sendiri tidak pasti puncanya. Tapi Fara ada terbaca terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut seperti pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur, kulit kepala bermasalah dan Kelemumur dengan pantas!

Tiada siapa yang suka akan rambut kusut, tidak bermaya, berkelemumur atau kulit kepala bermasalah. Sebab itulah terdapat pelbagai syampu dan treatment rambut yang ditawarkan untuk merawat segala jenis masalah rambut anda kerana tidak ada yang lebih sempurna selain dari memiliki rambut yang sihat dan cantik. Kalau ada modal lebih tak salah nak buat rawatan yang mahal. Nak lebih jimat cari SET PENJAGAAN RAMBUT yang sesuai sudah memadai. Cara Fara atasinya adalah dengan mencari produk bebas daripada bahan kimia.

Image result for thinking

Asmak Hair Care Terbaik Merawat Masalah Rambut

Pernah dengar brand ASMAK? Rangakaian produk ASMAK kini ada pelbagai jenis termasuklah set penjagaan rambut yang Fara tengah cuba sekarang. 3 jenis produk itu adalah Hair Moisturizer, Shampoo dan juga Sevenis Hair Oil.



PENGALAMAN MENGGUNAKAN ASMAK HAIR CARE

Tiada lagi masalah rambut gugur, kelemumur dan kulit gatal

Rangkaian produk penjagaan rambut dari brand Asmak ini sangat hebat, Fara dapat merasakan perbezaan dari hanya cucian yang pertama. Kelemumur akan berkurang hanya dengan beberapa kali penggunaan sahaja. Bukan itu sahaja, malah ia tidak mengeringkan kulit kepala fara.


Dengan formula dari bahan terbaik dalam shampoo ia mampu menyuburkan kulit kepala dan menjadikannya bersih dan sihat dengan penggunaan biasa. Tambahan pula, ia bukan sahaja membantu untuk menghilangkan kelemumur, tetapi juga memberi kesinaran pada warna rambut Fara.

Shampoo Untuk Wanita Bertudung

Ini antara faktor utama pemilihan shampoo. Syampu Bunga Raya Plus sesuai untuk wanita bertudung. Akibat tiada pendedahan cahaya matahari menyebabkan rambut busuk dan tidak sihat keadaan seperti itu boleh menyebabkan sebum dan peluh yang berlebihan pada kulit kepala yang menyebabkan kulit kepala gatal, masalah rambut & perasaan tidak selesa yang tidak dapat ditanggung.


Sejak pakai Shampoo Bunga Raya Plus ini, ianya menyuburkan dari akar ke hujung dan menggabungkan hasil rambut yang indah dengan cukup lembut untuk digunakan setiap hari. Formula Shampoo berkesan untuk menyembuhkan dan sememangnya baik untuk kulit kepala dan rambut bermasalah, menanggalkan kepingan tanpa mengeringkan kulit kepala dan melembapkan rambut untuk lebih terurus.

3 Langkah Mudah Penjagaan Rambut

1. Bunga Raya Plus Shampoo 6 dalam 1

Pertama sekali kena pakai shampoo. Bunga Raya Plus Shampoo 6 dalam 1 adalah Syampu yang dirumus khas dengan gabungan bahan-bahan yang unik untuk memberikan bantuan yang berkesan untuk kulit kepala sensitif dan pembersihan yang lembut untuk kulit kering, gatal, kemerahan sambil melindungi rambut anda untuk menjadikan lebih sihat.


Kita hanya perlu letakkan pada rambut yang basah dan urut rambut anda dan bilas. Formula pelindung shampoo ini membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur, dengan campuran ekstrak dari 6 jenis bahan iaitu babassu oil, bunga raya, coconut oil, teea tree oil, jojoba oil dan Acerola membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Jangan risau kerana syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan, dan tidak diuji pada haiwan.

2. Hair Moisturizer With Serum

Selesai shampoo, pakaikan pula serum pada rambut. Asmak Hair Moisturizer With Serum ini merupakan gabungan 3 dalam 1 yang berfungsi sebagai pelembab, serum dan minyak rambut. Hanya 3 kali seminggu sapuan Asmak Hair Moisturizer, anda kini sudah mampu miliki rambut yang lebih sihat dan cantik.


kandungan bahan yang ada dalam Hair Moisturizer With Serum dan khasiat utamanya :
Bunga Raya - Mampu menghalang dari keguguran dan menghitamkan rambut.
Argan Oil - Menguatkan akar rambut
Olive Oil - Melebatkan dan merawat rambut bermasalah
Rose Canina Fruit Oil - Membantu merangsang pertumbuhan rambut baru
Coconut Oil - Melembapkan dan membuatkan rambut bersinar

3. Sevenis Hair Oil 7 dalam 1

Nak rambut kelihatan hitam dan menawan boleh pakai Asmak Sevenis Hair Oil 7 dalam 1 ni. Hanya dengan sapuan yang kecil sahaja sudah mencukupi untuk membuatkan rambut nampak sihat dan berseri. 


Sesiapa yang mempunyai masalah rambut kering dan kusut disarankan pakai Sevenis Hair Oil ni. Rambut menjadi lebih lembut dan mudah terurus. Bak kata iklan kat TV tu "guna jari pun boleh" . Untuk produk ini, Fara pakai bila perlu sahaja.

10 Kelebihan produk Asmak Hair Care

1. Rambut tak gugur teruk seperti sebelumnya
2. Rambut memang lembut dan halus
3. Senang diurus
4. Pertumbuhan rambut baru yg sgt cantik
5. Rambut berkilat
6. Wangi sangat & rasa fresh
7. Tidak gatal2 lagi kulit kepala
8. Kelemumur hilang
9. Sesuai utk seisi keluarga
10. Produk Natural bebas dari bahan kimia


Bagi yang berminat nak mencuba sendiri Asmak Haircare, Sila layari :

Hotline – 019-9708897 | www.wasap.my/60199078897