Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Lotion Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin Dalam Badan | LOTION DARA BONDA


Assalamualaikum.. hi!

Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin tak kan terlepas dari masalah perut buncit. Fara turut mengalami masalah yang sama. tidak kira bentuk tubuh kita kecil mahupun besar semua ibu lepas bersalin akan ada masalah buncit ini.


Selain bersenam, Fara juga cuba cara lain untuk menyelesaikan masalah buncit ni. Orang kata kita kena ikhtiar untuk kempiskan perut baru badan boleh cantik. Tidak dapat dinafikan, masalah buncit ni agak mengganggu penampilan diri dan rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, Fara cuba Lotion Dara Bonda Dari Ning Salmah.

Lotion Tapel Modern Dari Ning Salmah

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung. Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis. Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Untuk ibu yang bersalin ceaser kena tunggu dahulu luka kering baru boleh pakai tapel.


Disebabkan amalan ber "tapel" agak sukar dan memakan masa untuk dibuat, maka hadirkan jenis lotion tapel modern yang dicipta oleh Ning Salmah. lotion Dara Bonda ni merupakan rahsia warisan turun temurun dari Legasi Ning Salmah. Ketika dahulu amalan bertapel menjadi pilihan sekarang didatangkan pula dengan lotion modern tapel untuk memudahkan generasi sekarang.

Lotion Dara Bonda Mengurangkan Masalah Buncit Dan Bagus Untuk Buang Angin Dalam Badan

Macam yang Fara kata sebelum ni, selain bersenam Fara cari ikhtiar lain untuk mengempiskan perut. Apa yang boleh Fara kongsikan sepanjang menggunakan lotion dara bonda ini, Fara perasan badan sedikit ringan, senang untuk membuang angin, dan perut pun rasa selesa.


Lotion ni berbau herba yang sangat lembut. Sapuan herba di perut sangat bagus bagi menghilangkan masalah buncit atau kulit merekah, membantu proses pengecutan rahim, memudahkan pengeluaran darah kotor dan mengempiskan perut disebabkan kandungan herba yang agak panas selain mencantikkan kulit. Losyen ini dapat membantu memberi bentuk badan yang ideal, disamping membantu mengurangkan tanda regangan dan selulit pada kulit.

Kenapa Kena Cuba Lotion Dara Bonda Ning Salmah?


1) Membantu mengempiskan perut dan memberikan bentuk badan yang ideal 
2) Untuk melembapkan dan meningkatkan keanjalan kulit 
3) Membantu mengurangkan tanda regangan pada kulit dan selulit 
4) Melindungi kulit daripada penuaan

Cara Penggunaan Lotion Dara Bonda



Cara penggunaan Lotion Dara Bonda juga sangat mudah dan cepat! Sapukan Losyen Dara Bonda pada anggota badan terpilih. Gosok dengan lembut pada bahagian tersebut mengikut arah bulatan sehingga kering. boleh digunakan dua kali sehari.

Kandungan Lotion Dara Bonda

1) PELANGSINGAN

-rumpai laut (bladderwrack)
-daun ivy (english ivy)
-meadowsweet (meadowsweet)
-ekstrak biji kopi hijau (green coffe extract)

2) MELEMBAPKAN KULIT

-minyak zaitun (olive oil)
-daun lidah buaya (aloe vera)

Image may contain: 1 person

3) PENGHADAMAN

-buah pala (nugmet)
-halia (ginger)

4) WANGIAN SEMULA JADI & PATI MINYAK

-bunga kenanga (ylang ylang)
-limau purut (kaffir lime)

Boleh dapatkan Lotion Dara Bonda di :



1 ulasan:

Ana Jingga berkata...

panas tak krim ni fara, bagus juga ni untuk buang angin dalam badan kan.