Servis Penghantaran Bunga/ Surprise Delivery Di Kuala Lumpur | LAURA HANA Florist Malaysia

5/28/2019 Fara Lumière 0 Comments

Perkhidmatan penghantaran pelbagai rupa seperti bunga, kek, coklat, atau sekadar kad ucapan malah belon didapati lebih popular di Instagram dan Facebook sejak tahun lalu. Adakah anda sedang mencari Perkhidmatan penghantaran bunga atau Surprise Delivery di Kuala Lumpur dan Lembah Klang? Apa kata gunakan perkhidmatan dari LAURA HANA Florist Malaysia

Image may contain: flower

LAURA HANA Florist Malaysia  Pakar Gubahan Dan Surprise Delivery Bunga Di Kuala Lumpur Dan Ampang

No photo description available.

LAURA HANA Florist Malaysia dikenali sebagai krew yang mempunyai kepakaran, kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang menyediakan, dan penghantaran gift bouquet mengikut Budget Anda ( Jambangan Bunga / Coklat / Hadiah / Hamper) yang paling mesra pelanggan dan profesional untuk membeli jambangan bunga coklat. 

5 SEBAB Kenapa Anda Perlu Cuba Perkhidmatan Dari LAURA HANA Florist Malaysia 

1. Penghantaran Bunga/ Surprise Delivery Sekitar Kuala Lumpur Dan Lembah Klang

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

LAURA HANA Florist Malaysia bukan sekadar mencipta gubahan bunga yang cantik menggunakan bunga-bunga Malaysia, mereka juga boleh dipercayai akan menghantarkan pesanan anda tepat pada masanya.

2. Pernah Terlibat Dalam Props Drama TV Popular

Image may contain: one or more people, people standing and flower


Selain daripada penghantaran bunga yang pantas, LAURA HANA Florist Malaysia pernah terlibat dalam props Drama TV popular iaitu drama bersiri tajuknya arjuna cinta keisha

3. Gubahan Bunga Yang Menarik Dan Segar

No photo description available.

LAURA HANA Florist Malaysia akan memastikan pesanan dibuat pada hari yang dipilih pelanggan bagi memastikan bentuk dan kesegaran maksimum bunga dapat dikekalkan. Gubahan bunga yang moden dengan sentuhan pedesaan menggunakan pembalut burlap atau bekas yang dibalut dengan tali untuk bunga-bunga mekar pasti membuatkan pasangan anda gembira menerima surprise tersebut

4. Membuat Gubahan Bunga Mengikut Bajet Dan Citarasa Pelanggan

Gubahan bunga di LAURA HANA Florist Malaysia menggunakan lebih banyak daun kehijauan untuk membawa rasa pedesaan yang berkualiti. LAURA HANA Florist Malaysia memang mencipta koleksi bunga yang di luar dugaan dan kreatif. Inilah kelebihan LAURA HANA Florist Malaysia yang mengagumkan untuk mendapat sambutan yang baik di pasaran bunga KL.

No photo description available.

Selain itu, LAURA HANA Florist Malaysia juga mengalu-alukan pesanan untuk gubahan bunga yang spesifik untuk keperluan anda. Sekiranya anda memerlukan warna tertentu sebagai tema atau hendak menggunakan bunga kegemaran anda sebagai bunga tumpuan, biarkan mereka tahu dan mereka akan mencipta gubahan bunga yang unik untuk anda. Sekiranya anda kesuntukan masa dan hanya mahu memesan dari galeri mereka, bunga-bunga mereka yang tersedia dalam kotak topi juga amat bergaya.

5. Lebih 300 Design Bunga ada di LAURA HANA Florist Malaysia


Pilih antara jambak bunga biasa atau mewah dan mereka akan buat kerja seterusnya. Jambak bunga biasa bermula dari MYR 50 manakala gubahan bunga mewah bermula dari MYR 89. Jangan terlampau memikirkannya, biarkan kepakaran mereka mengagumkan anda! Penghantaran bunga KL pada hari yang sama. Boleh lihat design lain di fb page LAURA HANA Florist Malaysia

Lihat Pelanggan Yang Pernah Menggunakan Perkhidmatan Dari LAURA HANA Florist Malaysia :

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text that says "LH LOVE BUCKET FOR WANY HASRITA"

Jom Surprise kan Pasangan Anda Hari Ini!

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Untuk Tempahan Servis Delivery Atau Harga Boleh Terus Ke :

Klik harga penuh dan 300 ++ design lain:
.
Boleh wasap terus kat link ni untuk order:





0 KOmen:

8 Hikmah Apabila Diuji

5/21/2019 Fara Lumière 0 Comments


Image result for stress muslimah

1. Allah Tingkatkan Darjat Dan Keimanan Kita
ada orang apabila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dari Allah SWT kerana kufur. Ada pula orang, setiap ujian yang datang akan mendekatkan lagi diri dan pergantungan kepada Allah SWT. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta. Ujian yang menimpa boleh mendekatkan kembali hubungan kita dengan Allah SWT.

2. Sebagai Penghapus Dosa
Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar. Oleh itu Allah SWT turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah SWT hapuskan dosa-dosa kita itu

3. Allah SWT Tarik Sedikit Nikmat Untuk Diberikan Nikmat Yang Besar
Ada ketikanya Allah SWT berikan kita ujian dan menarik nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini bagi melihat dan menguji kesabaran kita sebagai hamba. Sekiranya kita sabar dan redha maka Allah SWT akan tambah dengan nikmatnya yang berlipat kali ganda lagi

4. Allah SWT Berikan Satu Musibah Bagi Menghindarkan Musibah Yang Lebih Besar
Ada ketikanya Allah SWT berikan satu musibah kecil berlaku ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar

Image result for muslim prayer

5. Memberikan Kesedaran Kepada Kita
Jika manusia ini tidak ditimpa musibah sehinggakan segala apa yang mereka mahukan mereka dapat dan semua yang mereka lakukan menjadi, maka akan timbullah rasa sombong, riak, takbur dan sebagainya. Ujian dan bala yang Allah SWT turunkan itu adalah peringatan kepada kita sebagai hamba bagi mengingatkan diri kita betapa lemah dan kerdilnya kita

6. Tanda Allah SWT Masih Sayangkan Kita
Setiap dugaan yang Allah SWT berikan itu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan-NYA peringatan agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pengkal jalan

7. Memberikan Ikhtibar Kepada Orang Lain
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja buat mereka yang ditimpa musibah tetapi juga buat seluruh umat manusia. Tiada siapa yang boleh lari daripada ujian Allah SWT ini dan hanya yang mampu tenang di saat berlakunya musibah dan ujian

8. Tanah Subuh Bagi Mereka Yang Mampu Menyemai
Musibah yang menimpa orang lain membuka ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai lebihan harta dan wang untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Apabila apa yang diberikan itu dengan niat ikhlas maka Allah SWT gandakan lagi rezeki kita.







0 KOmen:

Nak Ubah Gaya Hidup Kena Ada 5 Perkara Ini

5/10/2019 Fara Lumière 0 Comments

Adakah anda pernah terfikir untuk ambil sedikit ruang dan masa untuk melihat keadaan diri anda sekarang? Semuanya bermula dengan niat. Termasuklah untuk ubah diri menjadi lebih bagus, harus bermula dengan niat. Untuk membuat perubahan, kita mesti berusaha mengubah sifat

nakubahhidup 2019

Nak Ubah Gaya Hidup Kena Ada 5 Perkara Ini

Adakah anda masih berada dalam keadaan hidup yang sama 3, 5, 10 tahun lepas? Bertahun-tahun hidup dalam masalah hutang, masalah kewangan dan masalah bisnes yang sama, yang membuatkan anda rasa sesak dada, serabut kepala dan rasa tak mampu nak capai impian yang anda inginkan?

Apa sebenarnya impian hidup anda? Kita hidup adalah untuk menjadi lebih baik. Kalau boleh nak cipta lebih banyak kejayaan. Tapi, berapa ramai dari anda yang benar-benar capai apa yang anda mahu dalam hidup?

Image result for nak ubah hidup

1. Ubah diri dengan cari ilmu

Perkara paling utama untuk ubah diri adalah dengan mencari ilmu. Dengan ilmu sahaja kita mampu mengenal diri. Mampu mengenal kedudukan dan keadaan diri. Baikkah atau tidak baikkah?

2. Ubah diri dengan baca buku

Jika anda nak ubah diri, pastikan tabiat membaca buku ditanam sampai sebati dalam diri. Jika anda masih belum mula, letakkan sasaran sekurang-kurangnya untuk membaca setengah jam sehari.

3. Ubah diri dengan jaringan

Ada ramai orang yang tahu apa yang anda tak tahu. Dan ada ramai juga orang yang tak tahu apa yang anda tahu. Gunakan peluang itu untuk bertukar-tukar ilmu. Pilihlah lingkungan kawan yang punya sama matlamat. Pilih lingkungan mereka yang ada sikap mahu ubah diri. Elakkan mereka yang berfikiran negatif.

4. Ubah diri dengan berdoa

Ini pula jangan sesekali dilupakan. Anda tak akan sangka betapa hebatnya kuasa berdoa. Jika anda tahu kehebatan berdoa, sudah pasti masa anda akan banyak dihabiskan dengan berdoa.

5. Ubah diri dengan mengikuti seminar

Bayangkan seorang penceramah yang telah belajar bertahun-tahun berkongsi ilmunya dalam masa 1 atau 2 hari. Peserta dapat peluang untuk pelajari pengalam bertahun-tahun itu diringkaskan cuma dalam masa yang pendek.

Sekarang Adalah Peluang Untuk Anda Ubah Gaya Hidup Anda


Adakah anda seorang yang TERPAKSA terima keadaan hidup yang susah, yang tertekan yang terbeban dengan 1001 masalah dan anda rasa anda dah BUNTU dan tak pasti macam mana anda nak hidup jauh lebih baik. Saya akan kongsikan kepada anda peluang terbaik untuk ubah haya hidup anda untuk lebih maju dan berjaya mulai sekarang!

JOM JOIN PROGRAM NAK UBAH HIDUP

Jika sehingga sekarang anda rasa apa yang saya nyatakan adalah perkara yang anda sedang alami dan rasai, inilah peluang untuk anda ubah nasib anda!

Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.

Bagaimana Nak Ubah Hidup dari Zero Ke Million?


RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.32 AM (1)

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.02 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.06 AM

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 1.29.30 PM

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang.

Tawaran akan tamat bila-bila masa. Pastikan anda tak terlepas tawaran ini kerana ini julung kali diadakan Program Nak Ubah Hidup

Bagaimana Nak Ubah Hidup dari Zero Ke Million?

Kuasai potensi diri, kewangan dan bisnes pada 30 Ogos - 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Shah Alam di mana program 3 hari ini akan menghimpunkan USAHAWAN-USAHAWAN yang serius Nak Ubah Hidup mereka dari keadaan yang teruk, perasaan tak puas hati dan kecewa kerana sentiasa gagal dan tak capai apa-apa.

0 KOmen:

Buffet Ramadhan 2019 Murah Dan Sedap Di Melaka | Villa Istana Melaka

5/05/2019 Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti telah pun tiba. Macam mana persediaan sepanjang nak sambut Ramadhan ini? Harap semuanya berjalan lancar. Dah jumpa buffet Ramadhan best kat Melaka? Kalau belum, Fara nak kongsikan kepada anda Buffet Ramadhan yang paling best dan murah di Melaka iaitu di Villa Istana Melaka


Kenal tak tempat ni? Untuk pengetahuan anda, di Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka inilah yang pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima ini menjamin sajian makanan bertaraf 5 bintang memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila anda menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019 nanti.

Pelbagai Menu Menarik Ada Di VIlla Istana Melaka

Jangan lepaskan peluang untuk meraikan ketibaan Ramadan dengan penuh semangat dan menggunakan masa berharga ini untuk berbuka bersama seisi keluarga tercinta di Villa Istana Melaka. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.

Antara hidangan menarik yang akan disediakan ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupa-kan. Hidangan antarabangsa ataupun tempatan pastinya memenuhi selera anda



Kemudahan Lain Turut Disediakan Di Villa Istana Melaka

Kemudahan Yang Disediakan Suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa serta wifi percuma menjadikan Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.


Selain daripada itu juga, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.


Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah. Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul Saff One yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini.

Harga Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka

Bermula 10 Mei hingga 1 Jun 2019, pelbagai sajian bufet buka puasa bak berada di kampung halaman mengembalikan nostalgia yang indah boleh dirasai dengan harga RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. Anda digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik.


Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

Jom Berbuka Puasa Di Villa Istana Melaka! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA

Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.

06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466


0 KOmen:

Sulam Bedak HARAM atau HALAL?

5/03/2019 Fara Lumière 0 Comments

Tampil cantik dengan kulit bersih, mulus dan sekata tentunya menjadi idaman setiap wanita. Terbaru, Rawatan Sulam Bedak merupakan rawatan tanpa suntikan dan Persoalan sekarang adakah ianya HALAL atau HARAM?

Sulam Bedak ada 2 kaedah halal (serum) dan haram (Teknik embroidery) ❌

contoh sulam bedak

Tiba-tiba rasa sedih, tengok ramai wanita Islam sekarang terlalu obses nak cantik sampai ke tepikan halal haram. Mungkin ada juga yang masih belum tahu. Jadi saya harap penulisan dibawah ini dapat menjelaskan anda.

Sulam Bedak Haram Atau Tidak ?

Terdapat pendapat mengatakan ianya haram namun sebenarnya ia tidak haram sekiranya ia merupakan rawatan sulam bedak korea yang asal . Namun untuk pengetahuan anda terdapat juga sulam bedak yang haram dimana rawatan sulam bedak ini menggunakan teknik “Embroidery” . Ia sama seperti teknik tattoo .

Bukan Sahaja Sulam Bedak Haram, Malah Senarai Dibawah Juga Adalah HARAM Dilakukan!

> Bulumata extension
> Rambut extension
> Sulam bedak (Teknik embroidery: teknik buat tatu)
> Sulam blusher
> Cucuk/operate untuk muncung, tinggi, runcing, munggil


Paling ramai dan biasa sangat org buat sekarang ialah extension bulumata, tambah bagi lebat, panjang, lentik.. Kenapa HARAM? Sebab wuduk dan mandi tak sah!!! Bayangkan kalau pen/maker atau apa-apa la terkena kulit pun kita kena bersihkan dulu sebelum wuduk.. Sebab tu gam bulumata dan maskara pun tolong la cuci betul-betul, mascara yang waterproof tu tolong cuci dengan makeup remover berminyak.. bagi keluar betul-betul, lepastu sabun cuci muka baru wuduk sebab takut foundation atau apa-apa masih lekat kat muka..

Nak Cantik Jangan Sampai MENGHALALKAN yang HARAM

Kita semua memang nak cantik, kalau boleh nak putih, hidung mncung, mata besar semua benda kita boleh buat kalau ada duit.. tapi kalau boleh jangan la sampai ketepikan agama.. Biar lah kita penat sikit, guna benda yang boleh keluarkan dan cuci untuk solat dan mandi wajib.

Pewarna kuku pun kalau boleh elak la sebab mati time pakai nanti susah nak cuci, takut orang tak perasan kalau pakai yang jernih.. lagipun susah nak wuduk dan mandi hari-hari, nanti jenazah kita pun tak sempurna.. 



0 KOmen:

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu | Klinik Pergigian Wah Setia Alam

5/01/2019 Fara Lumière 0 Comments

Gigi Bongsu. Ia tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang yang berada di tempat paling belakang. Gigi bongsu juga dipanggil sebagai gigi geraham besar yang kekal di kedudukan ketiga terakhir. Bila gigi bongsu sakit boleh ke biarkan? Rasanya semua dah tahu mana boleh dibiarkan gigi yang sakit tanpa rawatan. Seeloknya pergi ke klinik pergigian untuk check masalah gigi anda dengan kadar segera.


Tanda-tanda Sakit Pada Gigi Bongsu

Bila nak sakit ni tak kira tempat atau waktu. Boleh jadi semuanya secara tiba-tiba. Semalam ok hari ini pulak sakit. Macam itu juga gigi. Tengah sedap mengunyah makanan tiba-tiba gigi pada bahagian kiri tak boleh mengunyah. Rasa sensitif. Baru teringat dah lama tak buat "Scaling gigi" atau mungkin gigi berlubang.

ni gigi bongsu Fara. patutlah sakit. Berlubang di bahagian tepi.

Semakin hari gigi jadi sakit dan tak selesa. Pergi klinik gigi untuk check masalah. Rupanya ada masalah dengan gigi bongsu. Kedudukan gigi bongsu Fara terlebih tinggi dengan barisan gigi yang lain. Dan gigi bongsu berlubang pada bahagian tepi. Doktor sarankan untuk cabut gigi bongsu sebelum bertambah sakit.

Klinik Pergigian Wah, Setia Alam


Untuk cabut gigi bongsu Fara pilih Klinik Pergigian Wah yang terletak di Setia Alam, Selangor. Fara suka dengan Doktor, servis dan staff di klinik ni. Doktor di klinik wah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan dan juga memberi khidmat nasihat terbaik untuk masalah gigi Fara. Fara ingatkan kena ada pembedahan untuk cabut gigi bongsu rupanya tidak perlu kerana gigi fara tiada masalah untuk bius dan boleh terus cabut.


Proses untuk cabut tak sampai 10 minit. Fara sedikit beruntung kerana gigi bongsu kiri bahagian atas tidak menggangu barisan gigi yang lain. Jadi memudahkan untuk doktor cabut. Suntikan bius akan diberi pada bahagian gigi bongsu. Bila timbul rasa kebas baru Doktor mulakan proses untuk mencabut. Berdebar-debar sepajang proses cabut gigi. Tak sakit rupanya cabut gigi. 

ok, inilah gigi bongsu kiri bahagian atas fara

Selepas cabut, pendarahan dan ketidakselesaan memang normal. Pendarahan berhenti dengan betul hampir 7 jam. Setiap 2 jam Fara tukar kapas di gigi untuk menahan pendarahan. Bila terasa sakit pula boleh makan ubat "painkiller" yang diberikan. Oh ya, Rasa kebas akan hilang selepas 2 jam bermula dari waktu gigi dibius.

Pengalaman cabut gigi yang paling mudah dan senang. Alhamdulillah. Walaupun dah jaga gigi sehabis baik bila dah sakit memang tak boleh buat apa. Cabut jela senang. Harga cabut gigi pun tak mahal hanya RM80 Sahaja.

Boleh Dapatkan Rawatan Pergigian Terbaik Di Klinik Pergigian Wah, Setia Alam



Mencari klinik pergigian terbaik di Setia Alam? Bolehlah berkunjung ke Klinik Pergigian Wah. Fara dengan suami memang akan ke sini tiap kali nak scaling gigi, cabut, dan sebagainya. Puas hati!

KLINIK PERGIGIAN WAH SETIA ALAM

Call/Hubungi : 018 2033809 
Alamat : 15-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor




0 KOmen: