Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

8 Hikmah Apabila Diuji


Image result for stress muslimah

1. Allah Tingkatkan Darjat Dan Keimanan Kita
ada orang apabila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dari Allah SWT kerana kufur. Ada pula orang, setiap ujian yang datang akan mendekatkan lagi diri dan pergantungan kepada Allah SWT. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta

2. Sebagai Penghapus Dosa
Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar. Oleh itu Allah SWT turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah SWT hapuskan dosa-dosa kita itu

3. Allah SWT Tarik Sedikit Nikmat Untuk Diberikan Nikmat Yang Besar
Ada ketikanya Allah SWT berikan kita ujian dan menarik nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini bagi melihat dan menguji kesabaran kita sebagai hamba. Sekiranya kita sabar dan redha maka Allah SWT akan tambah dengan nikmatnya yang berlipat kali ganda lagi

4. Allah SWT Berikan Satu Musibah Bagi Menghindarkan Musibah Yang Lebih Besar
Ada ketikanya Allah SWT berikan satu musibah kecil berlaku ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar

Image result for muslim prayer

5. Memberikan Kesedaran Kepada Kita
Jika manusia ini tidak ditimpa musibah sehinggakan segala apa yang mereka mahukan mereka dapat dan semua yang mereka lakukan menjadi, maka akan timbullah rasa sombong, riak, takbur dan sebagainya. Ujian dan bala yang Allah SWT turunkan itu adalah peringatan kepada kita sebagai hamba bagi mengingatkan diri kita betapa lemah dan kerdilnya kita

6. Tanda Allah SWT Masih Sayangkan Kita
Setiap dugaan yang Allah SWT berikan itu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan-NYA peringatan agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pengkal jalan

7. Memberikan Ikhtibar Kepada Orang Lain
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja buat mereka yang ditimpa musibah tetapi juga buat seluruh umat manusia. Tiada siapa yang boleh lari daripada ujian Allah SWT ini dan hanya yang mampu tenang di saat berlakunya musibah dan ujian

8. Tanah Subuh Bagi Mereka Yang Mampu Menyemai
Musibah yang menimpa orang lain membuka ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai lebihan harta dan wang untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Apabila apa yang diberikan itu dengan niat ikhlas maka Allah SWT gandakan lagi rezeki kita.







2 ulasan:

ray berkata...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Sha Mohamed berkata...

ujian datang bersebab..