Home My Story Travel Review Lifestyle Parenting Foodies Beauty

Sulam Bedak HARAM atau HALAL?

Tampil cantik dengan kulit bersih, mulus dan sekata tentunya menjadi idaman setiap wanita. Terbaru, Rawatan Sulam Bedak merupakan rawatan tanpa suntikan dan Persoalan sekarang adakah ianya HALAL atau HARAM?

Sulam Bedak ada 2 kaedah halal (serum) dan haram (Teknik embroidery) ❌

contoh sulam bedak

Tiba-tiba rasa sedih, tengok ramai wanita Islam sekarang terlalu obses nak cantik sampai ke tepikan halal haram. Mungkin ada juga yang masih belum tahu. Jadi saya harap penulisan dibawah ini dapat menjelaskan anda.

Sulam Bedak Haram Atau Tidak ?

Terdapat pendapat mengatakan ianya haram namun sebenarnya ia tidak haram sekiranya ia merupakan rawatan sulam bedak korea yang asal . Namun untuk pengetahuan anda terdapat juga sulam bedak yang haram dimana rawatan sulam bedak ini menggunakan teknik “Embroidery” . Ia sama seperti teknik tattoo .

Bukan Sahaja Sulam Bedak Haram, Malah Senarai Dibawah Juga Adalah HARAM Dilakukan!

> Bulumata extension
> Rambut extension
> Sulam bedak (Teknik embroidery: teknik buat tatu)
> Sulam blusher
> Cucuk/operate untuk muncung, tinggi, runcing, munggil


Paling ramai dan biasa sangat org buat sekarang ialah extension bulumata, tambah bagi lebat, panjang, lentik.. Kenapa HARAM? Sebab wuduk dan mandi tak sah!!! Bayangkan kalau pen/maker atau apa-apa la terkena kulit pun kita kena bersihkan dulu sebelum wuduk.. Sebab tu gam bulumata dan maskara pun tolong la cuci betul-betul, mascara yang waterproof tu tolong cuci dengan makeup remover berminyak.. bagi keluar betul-betul, lepastu sabun cuci muka baru wuduk sebab takut foundation atau apa-apa masih lekat kat muka..

Nak Cantik Jangan Sampai MENGHALALKAN yang HARAM

Kita semua memang nak cantik, kalau boleh nak putih, hidung mncung, mata besar semua benda kita boleh buat kalau ada duit.. tapi kalau boleh jangan la sampai ketepikan agama.. Biar lah kita penat sikit, guna benda yang boleh keluarkan dan cuci untuk solat dan mandi wajib.

Pewarna kuku pun kalau boleh elak la sebab mati time pakai nanti susah nak cuci, takut orang tak perasan kalau pakai yang jernih.. lagipun susah nak wuduk dan mandi hari-hari, nanti jenazah kita pun tak sempurna.. 



Tiada ulasan: