Buat Duit Dengan Google Adsense Lebih Mengungtungkan

7/23/2019 Fara Lumière 0 Comments


Orang kata nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni perlukan trafik yang tinggi. Secara teorinya memang betul. Tapi tak bermakna yang trafik kecil tak boleh jana pendapatan dengan Google Adsense. Trafik ke niche blog Fara tak sampai pun 3000 view setiap hari. Tapi kadang pendapatan Google Adsense harian boleh capai sehingga ~USD3.00 sehari. Ikut rezeki jugak la.


email ini menandakan korang dah ready untuk cashout!
Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Google Adsense?

Soalan ini paling ramai bertanya. Yelah dapat duit nilai USD bila di convert kan kepada nilai MYR masyukkk oo.. Bayangkan contoh cashout USD200 bila di convert kan dapatlah dalam RM800 lebih. Sebab tu ramai blogger apply Google Adsense ni. 

Letak Auto Ads Google Adsense Di Blogspot Lebih Menguntungkan!

setting auto ads

INI cara Fara main Adsense. Ramai tanya Fara bagaimana nak tingkatkan orang klik adsense kita? Jawapannya adalah buat satu write up/article tentang perkara yang paling banyak orang nak baca.

Contoh mudah, korang buat content pengamalan menggunakan sesuatu produk dan share pada orang apa kebaikan yang korang dapat dari sesuatu produk tu. Contoh lain pula, andai kata korang pakai Penapis air Coway atau Cuckoo? Cerita pada orang kenapa korang beli produk tersebut dan kebaikan yang korang rasa perlu untuk orang lain tahu. Jadi, dari cerita pengalaman korang tu buat orang lain rasa nak klik adsense yang timbul pada blog korang. Macamtulah konsep yang Fara gunakan. Nak mudah Set terus adsense AUTO ADS.

Ok, tentang Auto Ads ni pula, iklan Adsense akan timbul bila bersesuaian dengan article yang orang baca. Contoh macam orang tengan baca articel Fara mengenai Coway, jadi iklan coway akan keluar di blog Fara. Jika orang tu nak beli Coway, dia akan klik iklan tersebut. So, Fara harap korang faham apa yang Fara sampaikan ini. Kalau tak faham roger! hehe

Tarikh Cash Out Adsense Tiap 21 Haribulan

Duit yang telah cukup untuk Cash Out, korang akan terima email dari Google Adsense. Bila dah cukup USD100 pada tarikh 21 Haribulan, duit akan automatik masuk dalam bank kita. Macam Fara buat Wire Transfer. Duit Adsense akan terus masuk dalam account bank. Tempoh untuk duit adsense masuk dalam account bank adalah 5 hari waktu bekerja. Kebiasaannya 2 hari dah boleh dapat duit tu. Adsense boleh dipindah terus ke akaun bank tempatan Malaysia. Dipendekkan cerita, memang amat mudahlah menggunakan Wire Transfer ini.

Cara setting Wire Transfer dalam akaun Adsense

Sebenarnya mudah sahaja untuk menggunakan Wire Transfer ini. Apa yang perlu korang lakukan adalah;
  1. Pertama sekali, “login” dahulu akaun Adsense.
  2. Kemudian pergi ke “Setting”.
  3. Kemudian klik pada “Payment”.
  4. Selepas itu pilih atau klik “Manage Payment Methods” untuk memilih tetapan bayaran baru.
  5. Setelah itu klik pada “Add new wire transfer details” jika anda ingin memilih cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Boleh rujuk gambar dibawah ini. Ini adalah bahagian yang perlu anda isi maklumat dengan tepat dan betul
contoh maklumat yang perlu korang isi

Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut;


  • Account holder name : Masukkan nama penuh anda
  • Bank name : Masukkan nama bank anda
  • SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Sila semak kod bank menurut panggilan antarabangsa anda disini – [+] Semak kod bank antarabangsa
  • Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
  • Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda.
  • DAN yang terakhir sekali setelah selesai mengisi maklumat berkenaan, klik butang “Save” dan tunggu emel pengesahan dari pihak Google. Siap!

ini hasil Adsense Fara. cukuplah untuk beli jajan. hehe! Alhamdulillah

Selepas ini korang boleh tunggu bayaran Adsense yang akan masuk terus ke dalam akaun bank korang. Tempoh bayaran yang dibuat adalah antara 1 – 3 hari bekerja bergantung kepada bank anda. Setakat ini caj dikenakan oleh pihak bank di atas perkhidmatan yang diberikan ini adalah USD5. Caj mungkin berbeza mengikut terma dan syarat bank pilihan anda.




0 KOmen: