Home My Story Travel Review Contest Parenting Foodies Tutorial

Kelebihan Facial Spray Evian

Evian Natural Mineral Water ini adalah produk facial spray. Fungsinya? Seperti yang ditulis pada  botolnya, iaitu melembapkan dan menyegarkan kulit, serta membuat make up menjadi tahan lama.


Bergantung kepada jenis kandungan Face Mist, ada Face Mist yang mengandungi SPF jadi ianya boleh melindungi kulit dari cahaya bahaya matahari.

Manakala Face Mist brand EVIAN pula mengandungi mineral tertentu dan pastinya mempunyai fungsinya yang tersendiri. 

Facial Spray EVIAN Menjadikan Solekan Tahan Lebih Lama


Selain itu, Penggunaan facial spray Evian boleh digunakan sebelum menggunakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah. Solekan juga jadi tahan lama sejurus menyembur facial spray  ke muka.

Hilangkan Capuk Bedak

Bawah mata, dahi dan sekitar hidung sering nampak bercapuk kerana sapuan bedak berlebihan yang tidak rata. Untuk elak penampilan yangs sebegitu, setelah selesai mekap boleh semburkan face spray Evian pada wajah.

Cara Betul Gunakan Semburan Wajah

1. Jarakkan lima hingga enam inci botol semburan depan wajah… tekan punat semburan dan gerakkan secara menyeluruh pada wajah.

2. Biarkan air dari semburan itu melekap sebentar pada kulit untuk seminit dua sebelum menekap lebihan air semburan menggunakan tisu.

3. Langkah ini adalah perlu kerana semburan air yang berlebihan (pada kulit kering) sebenarnya akan buat kulit jadi lagi kering tanpa bantuan pelembap. -kerana air akan menyejat.

Facial Spray Evian Beli di mana?

Fara beli facial spray Evian di Watson. Tesco, giant, guardian, dan shopping mall terpilih juga ada jual. Mengenai harga pula, jika ada promosi boleh beli pada harga Rm11.90













Tiada ulasan: