Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

5 Jenis Minuman Bubble Tea Yang Wajib Korang Cuba Bila Singgah Di Melaka

Assalamualaikum... Hai Korang!!

Sebut sahaja bubble tea pasti ramai yang dah cuba dan akan memuat naik di media sosial masing-masing sama ada Facebook atau Instagram. Bukan sahaja rasanya yang sedap, bebola hitam kenyal yang disedut bersama minuman pelbagai perisa tersebut menambahkan lagi keenakan minuman ini. Siapa dah cuba? Fara turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan minuman ini. So, entry kali ni Fara nak share kat korang tempat best minum bubble tea/boba kat Melaka...


Kafe I'Milky Menawarkan Minuman Bubble Tea Paling sedap Di Melaka!

Percaya tak terdapat satu kedai bubble tea/Boba yang menawarkan minuman bubble tea sihat dan tersedap di Melaka iaitu Kafe I'Milky yang terletak di Kota Laksamana. Sihat yang Fara maksudkan adalah bahan yang digunakan dalam minuman bubble tea ini adalah dari sumber natural seperti Fresh Milk yang diimport dari Australia, Brown Sugar, Buah-buahan yang segar dan banyak lagi.

Fara dihadapan kedai IMilky Kota Laksamana, Melaka

Suasana Kafe I'Milky Tenang Dan Minimalis

Bercakap mengenai suasana Kafe I'Milky, bagi Fara inilah tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Sejurus melangkah masuk ke dalam Kafe I'Milky, Fara dah terpegun melihat suasana Kafe yang begitu cantik dengan susunan perabut yang begitu minimalis. Jom lihat suasana Kafe I'Milky dibawah :





5 Jenis Minuman Bubble Tea Yang Wajib Korang Cuba Bila Singgah Di Melaka

Jika korang peminat bubble tea, korang wajib berkunjung ke Kafe I'Milky kerana mereka memang pakar dalam membuat secawan Bubble Tea yang cukup kaww sekali! Pada korang yang tinggal di sekitar Kota Laksamana, Batu Berendam, atau sekitarnya jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua jenis minuman bubble tea di sini ok! Tanpa membuang masa jom lihat 5 jenis minuman bubble tea yang paling laku keras di Kafe I'Milky :

1. Brown Sugar Boba

Rasa susu segar yang digabungkan dengan rasa gula merah dan boba pearls yang kenyal memang luar biasa! Minuman susu dan boba ini sememangnya sesuai untuk bila-bila masa sahaja. Apa yang Fara suka tentang Brown Sugar Boba kat I'Milky ni ialah rasa boba kenyal yang mempunyai rasa gula merah yang ketara tetapi tidak begitu manis kerana digandingkan bersama susu segar. Untuk menikmati rasa terbaik dari setiap cawan minuman dari I'Milky, korang perlu goncang cawan tu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali untuk menguatkan tekstur boba pearls yang baru dimasak.


2. Strawberry Milk

Siapa peminat buah strawberi kat sini? Kalau korang tengah diet tapi teringin nak cuba minuman viral ni, apa kata lupakan sekejap diet tu dan enjoy rasa strawberi milk kat sini. Sekali sedut je korang boleh rasa kelazatan buah strawberi yang cukup memukau! Bagi Fara, kombinasi strawberi bersama susu segar memang sedap! Lagi sedap bila diminum ketika masih sejuk.


3. Taro Milk

Keep calm and drink Taro Milk! Rasai kehebatan air bertenaga Taro Milk ini barulah boleh enjoy jalan-jalan di Melaka. Badan akan rasa segar sejurus minum Taro Milk. Tak percaya? kena cuba dan rasai sendiri..


4. Grapefruit Juice & Green Tea

Gabungan antara buah grapefruit bersama green tea pasti menaikkan selera korang! tak pernah rasa buah grapefruit? Inilah masanya untuk korang cuba minuman campuran grapefruit bersama green tea..


5. Matcha Milk

Mana peminat Matcha? Peminat Matcha mesti akan rasa bagai berada di awang-awangan sebab Matcha Milk kat I'Milky ni antara menu yang paling ramai permintaan! Rasa Matcha Milk kat sini serius sedap..


Harga Bermula Dari RM7.90 Sehingga RM12.90

Ramai yang suka pergi ke I'Milky Kota Laksamana, Melaka dan ada yang jadi regular customer gara-gara minuman yang dijual ini sedap katanya. Ada juga yang masih baru berjinak-jinak nak cuba beli air di I'Milky tapi segan-segan sebab tak tahu cara order minuman I'Milky. 

senarai harga minuman di I'Milky

Tak tahu order atau tak tahu menu yang best? jangan risau! Jika korang masuk ke I'Milky ada menu board di hadapan kaunter. Staff yang berkerja di kaunter depan I'Milky akan bantu korang pilih menu popular di sini. Staff mereka peramah dan mesra taw.

ini antara menu paling ramai popular di I'Milky

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Rasai Sendiri Minuman Bubble Tea Yang Tengah Viral Kat Melaka ok !

Daripada menawarkan menu yang complicated, I'Milky fokus dalam menyempurnakan setiap minuman dengan memperkayakan setiap ramuannya. Apa-apa pun, hanya ramuan yang segar dan simple yang digunakan, seperti gula merah, boba pearls, kacang merah, susu segar dan teh hijau atau merah.


antara minuman popular kat I'Milky

Setiap Hari Ramai Pengunjung :

Minuman bubble tea di I'Milky sangat popular di Melaka sampai ada yang sanggup beratur panjang gara-gara nak cuba minuman viral yang sedap ni. Pada waktu malam pula meja dan kerusi di akan dibuka khas untuk pelanggan I'Milky.





Lokasi Kafe I'Milky

IMilky Kota Laksamana

Lokasi Kedai :

No 6, Jalan KLJ 9, Tmn Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka

Business hour : 12pm to 1am
Contact : 011-17583668



7 ulasan:

Atik berkata...

wow sedapnyaa ... apa mereka guna semua fresh milk? or tea?

Boss Aircon berkata...

Nampak sedap semua minuman! Saya rasa macam nak pergi cuba sekarang

Nisa Kay berkata...

Teringat-ingat pulakkkk brown sugar bubble tea milk diaa! sedapnyaa!

yaya_flanella berkata...

Memang sedap sangat Brown Sugar Bubble Milk kat sini! Nak pergi minum lagi nak try peach tea pulak hihi

Fid"s berkata...

👍😉

Abam Kie berkata...

nampak mcm sedap semuanya tu. sudah pasti abam kie akan pi beli nanti..

done follow your blog.
www.zukidin.com

JMR berkata...

Fuh, nasib baik kat Melaka. Kalau dekat Kl/Sel, mesti dah kena paksa teman bini..