Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Hidup Lebih Luar Biasa Selepas Mengikuti Program "Nah Ubah Hidup" by RichWorks

Bisnes jatuh berkali-kali bukanlah satu perkara luar biasa terutama pada mereka yang jadikan perniagaan sebagai sumber sara hidupnya. Orang yang sampai sekarang masih terkial-kial tak kemana, buat apa saja bisnespun tak jadi, sebenarnya terlalu ramai kat luar sana. Pernah tak terfikir macam mana kita boleh ubah nasib kita jadi orang yang luar biasa atau berjaya macam para usahawan yang lain?


Kalau pernah terfikir macam itu, tahniah diucapkan! Minda kita dah mula fikir penyelesaian terbaik untuk memulihkan kembali perniagaan. Bukannya hanya duduk meratapi masalah! Jadi, salah satu cara paling berkesan yang Fara lihat ramai para usahawan berjaya dalam perniagaan mereka semua pernah join event atau program khas untuk mengembangkan bisnes mereka. 

Percaya tak dengan mengikuti event, seminar atau program khas untuk para usahawan sebenarnya sangat membantu lebih-lebih lagi untuk memulihkan kembali semangat pada diri. Oleh itu, Pada 30 Ogos 2019, Fara berkesempatan untuk mengikuti program NAK UBAH HIDUP anjuran RICHWORK untuk merasai sendiri pengalaman sepanjang program ini di jalankan.

Objektif Penganjuran Program Nak Ubah Hidup 

Jangan pandang rendah terhadap orang yang hadir ke program macam ni. Mereka semua hadir demi mencari ilmu untuk mengembangkan perniagaan mereka sesuailah dengan objektif program ini iaitu untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


Seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah hadir. Program Nak Ubah Hidup ini berlangsung selama 3 Hari bertempat di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam Selangor.

Pengasas RichWorks Dr Azizan Osman



Mentor para usahawan tak lain tak bukan Dr Azizan Osman selaku pengasas RichWorks International banyak membantu para usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang program ini berlangsung, Fara perhati keadaan sekeliling ramai mula bangkit dan sedar tentang kesilapan mereka dalam perniagaan, dan ada yang menangis kerana tersentuh dengan kata-kata Dr Azizan Osman yang beliau dahulu juga orang yang susah macam kita semua.

Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.



Pendek kata, motivasi diri yang diberikan oleh Dr Azizan Osman memang menyentuh hati semua. Jadi, tidak hairan lah jika program anjuran RichWorks oleh Dr Azizan Osman berjaya membantu ramai jutawan tempatan di Malaysia. Strategi perniagaan yang diberikan sangat berkesan!

RichWorks Telah Membantu Usahawan Tempatan Membina Bisnes Yang Berjaya

Semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi. Rasa tercabar lihat kejayaan mereka!


Ketika program ini berlangsung, di hadapan Fara semua adalah jutawan berjaya. Energy mereka memang luar biasa! Ibarat macam kita dikelilingi aura positif yang begitu menenangkan.


Kalau timbul rasa cemburu tengok orang lain naik mencanak tinggi ke atas, popular, semua orang kenal, hidup bergaya dan berjaya, ingatkan diri kita balik yang bukan semua orang perlu jadi glamour atau popular serta dicatitkan namanya dalam buku sejarah. Itu hanya sekelumit manusia sahaja. Yang penting usaha atas diri sendiri. InshaAllah kita juga boleh berjaya seperti mereka!


Bila Next Program?

Fara difahamkan program Nak Ubah Hidup seterusnya akan berlangsung pada Tahun 2020. Bagaimana nak daftar? Mudah sahaja. Tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020, masukkan maklumat anda dengan melayari www.nakubahhidup2020.com sekarang!

ALL THE BEST

Tiada ulasan: