Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Kedai Makan Popular Di Taipan, Setia Alam | Restoran Kambing Cik Tri Sahara

Assalamualaikum.. hi!

Kedai makan Kat Taipan Setia Alam banyak kan? Kalau buntu nak makan kat mana, Fara akan ke Restoran Kambing Cik Tri Sahara. Tak kisah nak makan tengah hari, petang atau malam, setiap kali makan kt sini mesti tak kan kecewa. Rasa kambing pedas-pedas manis memang menaikkan selera! Restoran ini dimiliki oleh Tri Turyanah dan mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi. Sesekali kalau teringinkan kambing bakar dan tak tahu hendak makan di mana, datang je ke Setia Alam.


Dulu kedai kambing Cik Tri Sahara ni pernah buka satu kat Meru. Setiap hari padat dengan pelanggan sampai ramai sanggup beratur panjang sebab nak rasa kelazatan Kambingnya. Lepas tu kedai ni berpindah ke Taipan Setia Alam. Pindah la mana-mana sekalipun, kalau pelanggan suka dorang akan cari sampai dapat. Kedai sekarang ni pula lebih besar berbanding dahulu.

Harga Set Kambing Bakar Restoran Cik Tri Sahara


Restoran ini menyediakan hidangan set kambing bakar yang dihidangkan bersama nasi putih, sup kosong dan kambing bakar. Harga satu set hidangan cumalah RM 14.00 dan air minuman adalah percuma untuk pilihan samada air teh, air limau atau air sirap. Keunikan kicapnya yang agak pedas inilah yang buat Fara suka makan disini.


Restoran ini beroperasi setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 malam kecuali hari Khamis. 


Tiada ulasan: