Pembersih Vakum Dyson V11 Malaysia

10/12/2019 Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hai!

Ternampak iklan di TV tentang pembersih Vakum V11 dari DYSON. Teruja nak tahu lebih lanjut mengenai vakum ini. Bila baca review, baru tahu vakum Dyson V11 ni merupakan produk dari UK. Vakum terbaru dari mereka ini juga adalah yang paling berkuasa yang pernah dikeluarkan oleh Dyson.


Pembersih vakum Dyson V11 ini dikuasakan oleh motor digital V11, dan dengan versi terbaru ini, Dyson mengatakan bahawa walaupun ia berputar pada kadar yang sama dengan model V10 pada 125,000RPM, ia mempunyai kuasa sedutan 20 peratus yang lebih berkuasa berbading sebelum ini.


Beberapa komponen lain juga dilihat hadir dengan kemaskini yang membuatkannya lebih tahan lasak dan berkuasa berbanding sebelum ini, seperti bahagian impeller yang bertanggungjawab untuk mengairkan udara dengan cekap.

Dengan teknologi terbaharu diperkenalkan Dyson menerusi vakum Dyson Cyclone V10, kerja membersihkan ruang kediaman dan sudut paling sukar dicapai menjadi lebih mudah dan pantas. Direka dengan motor digital terkecil dan ringan serta tanpa wayar, Dyson Cyclone V10 ini sangat mudah dikendalikan.

Bergantung kepada keperluan pembersihan anda, ia juga hadir dengan tiga mod pembersih yang hadir dengan kuasa sedutan yang berlainan, termasuklah Auto Mode, Boost Mode dan Eco Mode.

Dyson V11 ini juga hadir dengan kecerdasan buatannya sendiri, dan ini dapat dilihat melalui mod Auto pembersih vakum ini bersama-sama dengan kepala pembersih High Torque yang akan mengubahsuai bukaan berdasarkan permukaan yang sedang dibersihkan.

Dengan model ini, Dyson turut memuatkan sebuah skrin LCD yang membolehkan pengguna untuk menukar mod pembersihan, melihat jangkahayat bateri, dan membolehkan vakum ini untuk memberitahu pengguna sekiranya perkakasan tersebut mempunyai sebarang masalah.

Pembersih vakum Dyson V11 sudahpun tiba di pasaran tempatan melalui pakej Dyson V11 Absolute yang dilengkapi dengan kepala pembersih High Torque pada harga RM3399.

0 KOmen: