Home My Story Travel Review Contest Parenting Foodies Tutorial

Servis Interior designer Terbaik, Murah & Berkualiti Di Selangor | DEQASA HOME

Reka bentuk dalaman yang kemas, cantik dan menarik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah rumah mahupun pejabat. Biasanya sebagai ahli reka bentuk dalaman, mereka terlibat dalam menyusun atur ruangan dalam sesebuah rumah, pejabat, hotel, restoran, pusat membeli-belah, sekolah dan rumah kediaman. Selain itu, setiap reka bentuk yang dihasilkan perlu mengikut kos yang ditetapkan.


Apakah Kepentingan Interior Designer?

Tuan punya tempat kediaman, pejabat dan hotel yang tidak mempunyai kepakaran tetapi inginkan suasana dalaman yang menarik dan kemas akan menggunakan khidmat profesional pereka bentuk dalaman atau dikenali juga sebagai Interior Designer. Terpaksa membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan hasil reka bentuk dalaman rumah/pejabat yang diidamkan why not? Asalkan tercapai apa yang diimpikan.


Bidang reka bentuk dalaman adalah satu bidang yang menarik. Tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk menghasilkan reka bentuk dalam yang menepati kehendak pelanggan. Membuat dekorasi dalaman dengan hanya berpandukan contoh gambar di google juga tidak 100% berhasil kerana plan reka bentuk tersebut adalah berbeza dengan kediaman/pejabat yang kita duduki sekarang. Oleh itu, jika kita tidak tahu nak mereka bentuk dalaman adalah lebih baik mengupah interior designer yang berpengalaman.


Servis Interior Designer Terbaik Di Selangor Dari Deqasa Home

Adakah anda mencari servis/perkhidmatan Interior Designer di Selangor? Berita baik untuk anda! Kini anda boleh menggunakan servis/perkhidmatan Interior Designer dari Deqasa Home. Mengapa Fara sarankan Deqasa Home? Fara telah mengikuti setiap perkembangan Aizul Marcello selaku Interior Designer dari Deqasa Home dan Fara dapati setiap hasil kerja team Deqasa Home begitu kemas, cantik, dan menepati citarasa ramai.


Aizul Marcello merupakan seorang pereka dalaman yang mampu bergerak lebih jauh menggunakan pendekatan yang selari dengan perkembangan dunia rekaan, sentiasa belajar dan menambah ilmu dalam mereka bentuk sesuatu rekaan bersifat kontemporari atau futuristik.


Jika dilihat, ilmu yang dimiliki oleh Aizul Marcello membantu ruang di sesebuah bangunan, rumah dan premis perniagaan menjadi lebih menarik serta lebih selesa.

Servis Interior Designer Murah Dan Berkualiti Daripada Deqasa Home

Bukan senang ingin mencari Interior Designer yang faham keinginan kita, terutama bab bajet kewangan yang kita ada. Kalau murah, pasti nak kerja yang ikut jadual dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Pengubahsuaian dan dekorasi kediaman bukan untuk setahun dua, kalau boleh sepanjang hayat bersama keluarga masih sesuai. Jadi, kita boleh teruskan rutin harian dengan aman tenang. Balik rumah pun selesa.



Reka bentuk dalaman yang kemas dan menarik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah bangunan. Bermula dengan bajet, anda yang mengimpikan dekorasi terbaik boleh bergabung idea dengan Team Deqasa Home. Duduk dan sama-sama berbincang keperluan dan kesesuaiannya. Daripada pengubahsuaian pejabat atau kediaman hingga penampilan dekorasi terbaik, semua perkhidmatan itu dilakukan sebaik mungkin bagi memenuhi setiap perancangan yang dibuat. Apabila sudah bersetuju, lakaran tiga dimensi dilakukan untuk memberi gambaran lebih jelas mengenai keadaan ruang tertentu. Langkah seterusnya akan dimulakan apabila telah mendapat persetujuan dari pelanggan.

Jom Lihat Hasil Kerja Team Deqasa Home

Baik pejabat mahu pun ruang kediaman, idea dekorasi sudah menjadi sesuatu yang penting untuk mengubah keseluruhan suasana.





Berminat Untuk Menggunakan Servis Interior Designer Dari DEQASA HOME?

For booking & inquiries click: bit.ly/2K8ZElO
Lihat Hasil Kerja Deqasa yang lain boleh klik sini : DEQASA HOME



Tiada ulasan: