Home My Story Travel Review Lifestyle Parenting Foodies Beauty

Tanda Awal Autism Yang Perlu Ibubapa Tahu!

Autisme bukanlah penyakit sebaliknya gangguan perkembangan otak yang menjejaskan kemahiran sosial dan komunikasi. Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak di bahagian yang terjejas.


Pastikan anda sentiasa memerhati dan memeriksa perkembangan anak, ya! Kalau ada apa-apa yang merisaukan, sila dapatkan pandangan pakar. Jangan ambil sikap untuk menunggu.

Tanda-tanda autisme adalah seperti berikut : 

Simptom dan tanda-tanda autisme ini mungkin berbeza-beza. Tanda-tanda berikut boleh dijadikan petunjuk anak mungkin berisiko hidap austisme

• Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.

• Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.

• Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.

• Tidak mengagah ketika bayi berusia 12 bulan.

• Tidak membuat gerak isyarat untuk berkomunikasi seperti melambai, mencapai ketika bayi berusia 12 bulan.

• Tidak memberi tindak balas ketika namanya dipanggil ketika bayi berusia 12 bulan.

• Tidak berceloteh ketika bayi berusia 16 bulan.

• Tidak mengeluarkan perkataan ketika kanak-kanak berusia dua tahun.

• Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.

Tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan

• Mengelak hubungan mata dan lebih suka bersendirian.

• Sukar memahami perasaan orang lain.

• Perkembangan pertuturan yang lambat.

• Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).

• Cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitaran.

• Mempunyai minat yang sangat terhad.

• Menunjukkan tingkah laku berulang-ulang seperti berpusing atau goyang badan.

• Mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, bau, rasa, tekstur, cahaya atau warna.

Dapatkan Rawatan Autism dari Pusat Pakar Psikologi

Di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor membuat penilaian, bagi mengenalpasti:

1/ Autism

2/ ADHD (hyperaktif)

3/ Masalah lewat pertuturan

4/ Tantrum / masalah emosi kanak-kanak

5/ Masalah kurang fokus

6/ Dyslexia

7/ Masalah pembelajaran

Dan pelbagai lagi masalah psikologi kanak-kanak dan dewasa.

Untuk dapatkan temujanji, tekan link whatsapp ini:

www.wasap.my/60172694852/Salam+JD

3 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

parents kena alert insyallah kalau dpt dikesan lebih awal akan baik2 saja. my cousin seorang autism n alhamdulillah dr kecil dah dapat tahu.. diberikan rawatan khas. tak pulih sepenuhnya tapi tak meleret dan berlanjutan.

Hayati Suki berkata...

mak ayah kena lebih alaer dengan perkembangan anak2..even kt KK punada buat test tntang tindakbalas ank2..

Anie Mohamed berkata...



Ibubapa memang kena alert, kalau permasalahan ini dapat dikesan lebih awal lagilah elok untuk masa depan anak-anak istimewa ini.