Home My Story Travel Review Contest Parenting Foodies Tutorial

Kenapa Adsense Tak LULUS? Ini Puncanya

Assalamualaikum.. hai..

Kebelakangan ni ramai complaint kat Fara Adsense tak lepas atau adsense kena disable. Kat mana puncanya? Lain orang lain pandangannya. Tolong google dan baca pengalaman atau tips dari otai-otai Adsense. Rajin-rajinkan diri follow segala tips yang mereka berikan. Ilmu free dah bagi kenapa nak tengok je tanpa bertindak? Jangan sombong ya..

contoh adsense kena disable

Ramai minta bantuan Fara untuk dapatkan Adsense. Ada yang sampai give up sebab Adsense tiba-tiba kena disable. Segala tips telah cuba tapi tetap tak jumpa penyelesaian. Di mana silapnya?

Untuk LULUS Adsense, Pastikan Korang Ada 4 Ciri-Ciri Di Bawah :

1. Pastikan Kandungan di blog anda mencukupi

Kebiasaannya pihak Adsense tidak menerima website anda sebagai publisher mereka kerana kandungan di blog anda tidak mencukupi. Google sangat memberi perhatian kepada kandungan blog sebelum menerimanya. Sekiranya kandungannya kurang perkataan (bawah 1000 patah perkataan) dan mempunyai kesalahan tatabahasa, pihak Google akan menolak blog tersebut dengan segera.

Bukan sahaja kandungan perlu betul dari segi tatabahasa, ia juga mestilah unik dan harus memberikan nilai kepada pengguna dan pembaca blog. Oleh sebab itu, sebab nombor satu blog anda ditolak adalah kandungan yang kurang ditulis di blog anda. Boleh jadi mungkin kerana blog anda masih baru dan kekurangan “quality articles” yang mampu menarik minat para pembaca.

Kalau tak dapat 1000 words macam mana? tak pe jangan risau asalkan entri artikel korang berkualiti contentnya.

2. Pastikan Template Blog/Themes Blog Yang Bersesuaikan 

Pastikan blog korang mempunyai template blog yang sedap dipandang dan tidak menyakitkan mata. Bagi blog yang tidak mesra SEO dan sukar bagi pengunjung untuk memahaminya, akan ditolak oleh pihak Google AdSense. Sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai template blog yang baik dan kemas yang menghiburkan mata serta kelihatan professional.

3. Pastikan Ada halaman Dasar Privasi, Perihal Kami atau Hubungi Kami.

Halaman dasar privasi, perihal kami dan hubungi kami ini adalah sangat penting untuk mendapatkan akaun Google Ads. Halaman ini perlu anda pastikan sudah terpampang di blog anda sebelum memohon kepada Google AdSense, jika anda mahu diterima.

Hal ini kerana, ketiga-tiga halaman ini memberikan gambaran bahawa anda adalah seorang profesional blogger dan bahawa anda bekerja mengikut dasar Google bukan sebaliknya. Perlu diingatkan juga bahawa memiliki halaman privasi merupakan salah satu keperluan untuk Google AdSense. Untuk membuktikan bahawa anda bukanlah “scammer” terbaru di internet.

4. Pastikan Blog Anda Mematuhi Dasar Google AdSense.

Trafik blog anda bukanlah organik tetapi hanya mengharapkan daripada media sosial seperti Facebook Page sahaja. Ditambah pula dengan halaman dengan sedikit kandunganya yang asli dan bernilai , ia akan menyebabkan pengalaman pengguna yang buruk untuk para pembaca blog anda semasa navigasi di laman web anda.

Selain itu, bagi laman web yang mungkin menjadi salah satu yang mendorong lalu lintas kepada sumber haram seperti laman web judi, maka ia akan mudah sekali ditolak pihak Adsense. Antara yang lain, laman web yang mempunyai kata kunci yang berlebihan (keywords spammer) atau reka bentuk yang kurang baik biasanya akan ditolak.

Dah Buat Tips Di Atas Masih Tidak Berkesan? Cuba Perhatikan LABEL pada post settings anda

Ramai SILAP tulis LABEL dengan SEARCH DESCRIPTION. 

Kebanyakan blogger tersilap menggunakan LABEL pada artikel yang ditulisnya. Fungsi LABEL yang ada di post setting seperti dalam gambar di bawah adalah sebagai label/kategori yang akan dimasukkan mengikut tajuk artikel yang bersesuaian.


Sebagai contoh jika anda sedang menulis artikel

mengenai makanan, maka label yang perlu di letakkan adalah Foodies/Makanan/Review.

Label yang ditulis akan muncul kat sini

Selain itu label juga berfungsi untuk menampikan Related Post atau Artikel Berkaitan lainnya berdasarkan label artikel yang telah dibuat

Manakala fungsi SEARCH DESCRIPTION pula adalah keyword mengenai artikel korang tadi.

Contoh tadi korang buat artikel makanan kan? so keyword yang perlu diletakkan adalah "tempat makan best di KL, Makanan popular di KL, Makanan Viral, etc laa"


Contoh description

Search description memang tidak terlalu berpengaruh pada ranking hasil pencarian di google, akan tetapi artikel yang mempunyai search description akan meningkatkan kemungkinan pengunjung untuk mengkliknya apabila search description yang diberikan menarik bagi mereka.

Apa Kaitan LULUS Adsense Jika Silap Tulis LABEL dan SEARCH DESCRIPTION?


.............................................................................................................................................
nanti fara fikirkan. 😝



Harap tips ini serba sedikit dapat membantu korang lulus adsense. Ada masalah? pape roger! hee!


2 ulasan:

Mrs. A berkata...

Kadang tak faham jugak Google ni ada senang je lulus tapi content blog biasa-biasa je.

Ada susah sangat tapi content blog lebih baik dari yang biasa-biasa tu.

Sekadar pendapat dan dari pemerhatian sendiri.

alialisakreatif.blogspot berkata...

thank you tolong saya dapatkan adsense hehehe