Home My Story Travel Review Lifestyle Parenting Foodies Beauty
Memaparkan catatan dengan label Foodies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Foodies. Papar semua catatan

Resepi Udang Masak Butter Mudah Buat


Sarang Telur:

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang:

1kg udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin - untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. 

Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. 



Resepi Mee Kungfu Sedap dan Simple

MEE KUNGFU

Bahan-bahan buat mee:

500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Caranya:

1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis

Bahan-bahan kuah:

7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil
10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang


Resepi Mee Rebus Siam Confirm Sedap!

MEE REBUS SIAM

Bahan-bahan:

1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)


Bahan kuah:

1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:

Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan taburan:

Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.

Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah

BEST KE Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rise Shop?

Dengan menu yang diilhami oleh resipi tradisional Hainanese dengan kesahihan resipi Pulau Pinang Nyonya dan beberapa kegemaran tempatan Malaysia, The Chicken Rice Shop adalah sebuah restoran keluarga Halal Pilihan Rakyat Malaysia!


Harini berkesempatan untuk mencuba menu terbarunya iaitu Grilled Butter Chicken. Sedapnya Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rise Shop ini adalah pada nasi dan kuah Grilled Butter Chicken nya. Ayam dan nasinya memang lain orang cakap. Kuahnya memang sedap dan kami sekeluarga suka!

Kualiti dan rasa ayam Butter Grilled dari The Chicken Rise Shop tetap konsisten dan lazat setiap tahun. Tak rugi makan!


Kami ambil set menu MEAL A berharga RM21.90 dan tambah 2 pinggan nasi ayam. Kami tak ambil set MEAL B takut tak habis makan rupanya kami silap. Dia punya sedap sampai tak cukup makan! Gambar dibawah korang boleh tengok sendiri harga set Grilled Butter Chicken sebagai rujukan

No photo description available.

Setibanya sahaja makanan ke meja kami dia punya bau masyaALLAH tak boleh tahan. Perut terus berbunyi. Ini adalah first time kami mencuba menu Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rise Shop. Tak rugi cuba memang sedap!

Image may contain: food

Bagi yang nak cuba sendiri keenakkan Grilled Butter Chicken The Chicken Rise Shop korang boleh pergi ke semua oulet mereka yang berhampiran tempat korang.


Kedai Makan Popular Di Taipan, Setia Alam | Restoran Kambing Cik Tri Sahara

Assalamualaikum.. hi!

Kedai makan Kat Taipan Setia Alam banyak kan? Kalau buntu nak makan kat mana, Fara akan ke Restoran Kambing Cik Tri Sahara. Tak kisah nak makan tengah hari, petang atau malam, setiap kali makan kt sini mesti tak kan kecewa. Rasa kambing pedas-pedas manis memang menaikkan selera! Restoran ini dimiliki oleh Tri Turyanah dan mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi. Sesekali kalau teringinkan kambing bakar dan tak tahu hendak makan di mana, datang je ke Setia Alam.


Dulu kedai kambing Cik Tri Sahara ni pernah buka satu kat Meru. Setiap hari padat dengan pelanggan sampai ramai sanggup beratur panjang sebab nak rasa kelazatan Kambingnya. Lepas tu kedai ni berpindah ke Taipan Setia Alam. Pindah la mana-mana sekalipun, kalau pelanggan suka dorang akan cari sampai dapat. Kedai sekarang ni pula lebih besar berbanding dahulu.

Harga Set Kambing Bakar Restoran Cik Tri Sahara


Restoran ini menyediakan hidangan set kambing bakar yang dihidangkan bersama nasi putih, sup kosong dan kambing bakar. Harga satu set hidangan cumalah RM 14.00 dan air minuman adalah percuma untuk pilihan samada air teh, air limau atau air sirap. Keunikan kicapnya yang agak pedas inilah yang buat Fara suka makan disini.


Restoran ini beroperasi setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 malam kecuali hari Khamis.